Saturday 15 June 2019

SAPAAN PERMULAAN PERSAHABATAN🙆

Pada mula-mula aku masuk ke kelas Pengurusan Pembelajaran, aku tidak mempedulikan sesiapa yang ada di dalam kelas kerana tujuan aku hanyalah untuk belajar dan aku tidak berminat untuk membuat kawan baharu lebih-lebih lagi kawan berlainan jantina. 

Kerja berkumpulan telah diagihkan oleh Miss Izazol kepada semua dan kami diminta untuk membentuk satu kumpulan untuk menyelesaikan tugasan ini. Aku tidak mengambil kisah siapakah yang menjadi alhi kumpulanku asalkan mereka membuat kerja yang ditugaskan. Kumpulanku terdiri daripada 3 lelaki termasuk diriku dan 5 perempuan yang tidak pernah ku lihat sepanjang keberadaanku di universiti ini. Aku pun tidak tahu mahupun ingat bagaimanakah aku ditempatkan sekumpulan dengan mereka. Aku hanya mengenalkan diri secara ringkas kepada mereka dan begitu juga mereka. Disitulah aku disapa oleh seorang wanita yang berasalnya dari Sabah yang menjadi sahabatku. Beliau wanita bernama Patricia Peter. Pada mulanya aku tidak melayan dia kerana aku bukan seorang yang suka bergaul dengan wanita, sedangkan rakan wanita seumur denganku di sekolah menengah tidak ku kenali sepenuhnya. Hanya yang pernah sekelas denganku sahaja yang aku kenal.

Perkenalan kami hanyalah bagaikan jarum dengan benang, apabila sedah seusai kerja, terputuslah persahabatan kami tetapi takdir Ilahi telah menetapkan aku dan dia kekal menjadi sahabat sehingga kini. Kami tidak mempunyai apa-apa hubungan tetapi dia seorang yang ceria dan lawak kadang-kadang. Setelah lama-kelamaan, kami menjadi sahabat rapat. Kami selalu bergurau senda dalam kumpulan, bersembang di aplikasi 'Whatsapp' , selalu bertanya khabar dan kadang-kadang bertukar resepi masakan. Dia juga seorang yang menarik, cantik dan lawak tambahan pula potongan rambutnya mengenai citarasa ku sama seperti artis Ruby Rose. Lagipun saudara-maraku sudah berpesan jangan cari isteri orang jauh-jauh, susah untuk balik beraya. Pada akhirnya, biarlah persahabatan kami kekal agar aku tidak perlu mengeluarkan duit untuk membiayai pemandu pelancong jikalau aku dan keluarga hendak ke Sabah. Sekian , terima kasih kerana membaca😁 

Wednesday 15 May 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Maksud pengurusan alam pembelajaran adalah pengurusan bermaksud sesuatu proses untuk mendapatkan penyertaan ,kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matlamat. Seperti yang berlaku di Pasir Gudang, Johor,Keputusan untuk membuang sisa kimia di bawah jambatan di Kota Masai telah bertukar menjadi bencana dengan hampir 500 orang, terutamanya kanak-kanak, dirawat akibat kesesakan pernafasan. Bahan kimia yang dipercayai mengandungi logam berat yang digunakan untuk meleburkan logam di kilang sekerap dan kilang kimia di Kulai, telah dibuang ke Sungai Kim Kim kira-kira seminggu yang lalu. Alam pembelajaran bersamaan dengan keadaan atau suasana belajar yang selamat dan terpelihara dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah positif daripada tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran mestilah selamat dari segala jenis ancaman samada dari ancaman fizikal atau ancaman mental yang dapat mengancam murid. Kesimpulannya pengurusan alam pembelajaran ini sangat perlu dititikberatkan oleh para guru supaya keselamatan pelajar, minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu ,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan percapaian para pelajar juga meningkat.

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Kes buli di sekolah seluruh negara tahun lalu berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. Hal ini perlu dipantau bagi mencapai definisi selamat bagi pelajar yang berlajar di sekolah. Sesetengah pelajar yang menjadi mangsa buli akan terus menyimpan perasaan itu dan akhirnya menjadi pembuli seterusnya. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah merupakan faktor penting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional guru, kebebasan guru guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya, persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada pelajar.


BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Setiap pelajar di sekolah mempunyai pelbagai kecerdasan yang berlainan, jika dilihat ada pelajar yang cerdik, bijak dan ada juga pelajar yang kurang memberansangkan dalam pelajaran tetapi mereka ini pasti ada kecenderungan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Oleh itu, setiap guru haruslah tahu kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajarnya untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan hasil pembelajaran harian malah juga menghasilkan pelajar yang berjaya dari segi aspek akademik dan kokurikulum. Perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius pada masa ini ialah soal peningkatan jumlah kanak-kanak dan individu dewasa yang dikenal pasti (diagnosis) mempunyai pelbagai masalah berkaitan pembelajaran. Pada 2002 sahaja, seramai 14,535 kanak-kanak menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam pelbagai ka­tegori, dan jumlahnya meningkat kepada 90,000 orang pada 2012. Lazimnya, statistik ini akan terus meningkat saban tahun, sejajar dengan peningkatan kadar kelahiran dan tahap kesedaran individu dan masyarakat. Oleh itu, dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ini ada beberapa kategori pelajar yang hendak dikupas ciri-cirinya seperti pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai, pelajar yang harus diberi pemulihan, pelajar yang berkeperluan khas dan bagaimana untuk melakukan pengayaan kepada mereka dalam urusan pembelajaran. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Terdapat banyak kategori pelajar berkeperluan khas. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan pelajar normal yang lain.

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan dan merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat dan semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Mengintegrasikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Menyedari hakikat itu, pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan seperti identiti nasional, bangsa Malaysia, jati diri kebangsaan sehinggalah kepada wawasan yang dibawa oleh Dato; Sri Najib Razak iaitu wawasan 1Malaysia. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu (Deal dan Petterson, 1999). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pembelajaran pelbagai budaya di sekolah adalah penting dan perlu ditekankan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersatu padu. Justeru, konsep atau cara ini seharusnya dipraktikkan dan dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan para pelajar yang dilahirkan memiliki modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, seterusnya dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selain itu ia dapat melahirkan sekolah yang aman dari segi perpaduan kaum kerana mereka saling menghormati.


BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah. Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh. Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa. Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid adalah suatu unit khas di sesebuah sekolah atau institusi yang bertanggungjawab untuk membantu murid memahami dirinya sendiri agar ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri. kes seorang guru sekolah kebangsaan diheret ke mahkamah atas dakwaan mencederakan seorang murid dan kemudiannya guru tersebut dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan. Menurut laporan media, murid terbabit dikatakan mempunyai pelbagai masalah disiplin dan tertangkap ketika sedang melakukan kesalahan di sekolah. Sebagai pendidik sejati, guru itu dikatakan tidak berdendam, malah mendoakan agar murid berkenaan berjaya pada masa depan. Tujuan-tujuan ini berdasarkan keselamatan perhubungan kaunseling kerana murid dapat menjelajahi dinamik dan perhubungan di antara perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap orang lain. Murid boleh juga membincangkan perhubungan di antara perseorangan mereka, keraguan mereka, dan pilihan hidup mereka. Dengan menjelajah seperti ini, maka lahirlah celik akal, kefahaman diri sendiri, penjelasan peranan, perancangan dan perubahan tingkah laku. hasilan yang dikehendaki daripada kaunseling ialah kesedaran kendiri dan arahan kendiri bagi diri murid yang menjadi klien. Tidak ketinggalan juga, tujuan kaunseling di sekolah sering dikatakan juga untuk perancangan dan membuat keputusan.

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, daripada jumlah itu, sebanyak 311 buah sekolah berdepan masalah disiplin manakala 91 lagi dikategorikan sebagai sekolah tumpuan iaitu cenderung mempunyai masalah disiplin. Dalam pada itu, mengikut statistik, seramai 111,895 orang murid iaitu 16,849 murid sekolah rendah dan 95,046 murid sekolah menengah didapati terlibat dengan gejala salah laku disiplin di sekolah pada tahun 2016 di mana ponteng sekolah adalah isu utama dalam salah laku disiplin murid sekolah. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru. Melalui topik ini, dapat mempelajari tentang pengurusan tingkah laku dan disiplin. Hal ini di mana berkait rapat dengan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku, bentuk disiplin dan guru sebagai guru disiplin. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam pengurusan ini. Hal ini demikian kerana dalam membentuk generasi yang mempunyai peribadi mulia.