Wednesday, 15 May 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Maksud pengurusan alam pembelajaran adalah pengurusan bermaksud sesuatu proses untuk mendapatkan penyertaan ,kerjasama dari semua ahli untuk mencapai matlamat. Seperti yang berlaku di Pasir Gudang, Johor,Keputusan untuk membuang sisa kimia di bawah jambatan di Kota Masai telah bertukar menjadi bencana dengan hampir 500 orang, terutamanya kanak-kanak, dirawat akibat kesesakan pernafasan. Bahan kimia yang dipercayai mengandungi logam berat yang digunakan untuk meleburkan logam di kilang sekerap dan kilang kimia di Kulai, telah dibuang ke Sungai Kim Kim kira-kira seminggu yang lalu. Alam pembelajaran bersamaan dengan keadaan atau suasana belajar yang selamat dan terpelihara dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku kearah positif daripada tidak tahu kepada tahu. Alam pembelajaran mestilah selamat dari segala jenis ancaman samada dari ancaman fizikal atau ancaman mental yang dapat mengancam murid. Kesimpulannya pengurusan alam pembelajaran ini sangat perlu dititikberatkan oleh para guru supaya keselamatan pelajar, minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu ,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan percapaian para pelajar juga meningkat.

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Kes buli di sekolah seluruh negara tahun lalu berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. Hal ini perlu dipantau bagi mencapai definisi selamat bagi pelajar yang berlajar di sekolah. Sesetengah pelajar yang menjadi mangsa buli akan terus menyimpan perasaan itu dan akhirnya menjadi pembuli seterusnya. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah merupakan faktor penting dalam membantu pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional guru, kebebasan guru guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya, persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada pelajar.


BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Setiap pelajar di sekolah mempunyai pelbagai kecerdasan yang berlainan, jika dilihat ada pelajar yang cerdik, bijak dan ada juga pelajar yang kurang memberansangkan dalam pelajaran tetapi mereka ini pasti ada kecenderungan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Oleh itu, setiap guru haruslah tahu kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajarnya untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan hasil pembelajaran harian malah juga menghasilkan pelajar yang berjaya dari segi aspek akademik dan kokurikulum. Perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius pada masa ini ialah soal peningkatan jumlah kanak-kanak dan individu dewasa yang dikenal pasti (diagnosis) mempunyai pelbagai masalah berkaitan pembelajaran. Pada 2002 sahaja, seramai 14,535 kanak-kanak menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam pelbagai ka­tegori, dan jumlahnya meningkat kepada 90,000 orang pada 2012. Lazimnya, statistik ini akan terus meningkat saban tahun, sejajar dengan peningkatan kadar kelahiran dan tahap kesedaran individu dan masyarakat. Oleh itu, dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ini ada beberapa kategori pelajar yang hendak dikupas ciri-cirinya seperti pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai, pelajar yang harus diberi pemulihan, pelajar yang berkeperluan khas dan bagaimana untuk melakukan pengayaan kepada mereka dalam urusan pembelajaran. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Terdapat banyak kategori pelajar berkeperluan khas. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan pelajar normal yang lain.

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan dan merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat dan semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Mengintegrasikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Menyedari hakikat itu, pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan seperti identiti nasional, bangsa Malaysia, jati diri kebangsaan sehinggalah kepada wawasan yang dibawa oleh Dato; Sri Najib Razak iaitu wawasan 1Malaysia. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu (Deal dan Petterson, 1999). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pembelajaran pelbagai budaya di sekolah adalah penting dan perlu ditekankan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersatu padu. Justeru, konsep atau cara ini seharusnya dipraktikkan dan dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan para pelajar yang dilahirkan memiliki modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, seterusnya dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selain itu ia dapat melahirkan sekolah yang aman dari segi perpaduan kaum kerana mereka saling menghormati.


BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah. Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh. Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa. Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid adalah suatu unit khas di sesebuah sekolah atau institusi yang bertanggungjawab untuk membantu murid memahami dirinya sendiri agar ia dapat menjadi individu yang terarah sendiri. kes seorang guru sekolah kebangsaan diheret ke mahkamah atas dakwaan mencederakan seorang murid dan kemudiannya guru tersebut dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan. Menurut laporan media, murid terbabit dikatakan mempunyai pelbagai masalah disiplin dan tertangkap ketika sedang melakukan kesalahan di sekolah. Sebagai pendidik sejati, guru itu dikatakan tidak berdendam, malah mendoakan agar murid berkenaan berjaya pada masa depan. Tujuan-tujuan ini berdasarkan keselamatan perhubungan kaunseling kerana murid dapat menjelajahi dinamik dan perhubungan di antara perasaan, nilai, dan persepsi mereka terhadap orang lain. Murid boleh juga membincangkan perhubungan di antara perseorangan mereka, keraguan mereka, dan pilihan hidup mereka. Dengan menjelajah seperti ini, maka lahirlah celik akal, kefahaman diri sendiri, penjelasan peranan, perancangan dan perubahan tingkah laku. hasilan yang dikehendaki daripada kaunseling ialah kesedaran kendiri dan arahan kendiri bagi diri murid yang menjadi klien. Tidak ketinggalan juga, tujuan kaunseling di sekolah sering dikatakan juga untuk perancangan dan membuat keputusan.

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, daripada jumlah itu, sebanyak 311 buah sekolah berdepan masalah disiplin manakala 91 lagi dikategorikan sebagai sekolah tumpuan iaitu cenderung mempunyai masalah disiplin. Dalam pada itu, mengikut statistik, seramai 111,895 orang murid iaitu 16,849 murid sekolah rendah dan 95,046 murid sekolah menengah didapati terlibat dengan gejala salah laku disiplin di sekolah pada tahun 2016 di mana ponteng sekolah adalah isu utama dalam salah laku disiplin murid sekolah. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala tingkah laku negatif guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru. Melalui topik ini, dapat mempelajari tentang pengurusan tingkah laku dan disiplin. Hal ini di mana berkait rapat dengan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku, bentuk disiplin dan guru sebagai guru disiplin. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam pengurusan ini. Hal ini demikian kerana dalam membentuk generasi yang mempunyai peribadi mulia.

BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


Strategi pengurusan bilik darjah telah berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Terdapat perbezaan bilik darjah dahulu dan juga sekarang. Hal ini di mana bilik darjah dahulu mempunyai lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah, surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah. Manakal, bilik darjah sekarang pula, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah, padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah,padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas. Antara jenis bilik darjah yang telah wujud ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah mata pelajaran pendidikan khas dan bilik darjah terbuka. Melalui topik strategi mengurus bilik pembelajaran ini, berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti penyusunan bilik darjah, kerusi meja pelajar dan pengurusan bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.


BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER


Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber. Melalui topik pengurusan sumber kita akan didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan teknologi maklumat, teknologi pendidikan dan sains perpustakaan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin mempengaruhi pendidikan masa kini. Pengurusan sumber yang terhasil amat berguna dalam semua aspek kehidupan manusia. Oleh itu, sebagai warga pendidik kita perlu didedahkan kepada pelbagai sumber pendidikan yang melipatkan teknologi baru yang canggih. Pendedahan terhadap pengurusan sumber dapat memberikan bakal guru kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kita bukan saja dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti dalam pentadbiran sekolah tetapi juga dapat mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan bilik darjah adalah suatu yang penting dalam memastikan kelacaran proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah di mana pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan. Oleh itu, guru di sekolah memainkan peranan besar dalam menguruskan bilik darjah samada dari sudut penyusunan bilik darjah, penyampaian mesej pengajaran kepada pelajar. Aspek-aspek pengurusan bilik darjah perlu dititikberat oleh semua guru di sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh kementerian.

Aspek yang pertama dalam menguruskan bilik darjah iaitu persekitaran bilik darjah di mana ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran sama ada mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna.

Suasana bilik darjah yang harmonis turut membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

Oleh yang demikian, adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

BAB 5: PENGURUSAN MURID


Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dengan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha dalam melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor.  Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah merupakan salah satu yang penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.


BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi. Kesimpulannya, setiap organisasi mempunyai tanggungjawab dan kepimpinan masing-masing di sekolah. Guru memainkan peranan yang penting di sekolah di mana guru mempunyai komitmen dengan pengurusan murid dan pengurusan hal ehwal sekolah. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menggunakan gaya kepimpinan yang bersesuai dengan diri mereka.


BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


Pengenalan

Pengurusan penting kerana pengurusan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan meningkatkan mutu amalan kerja guru. Pengurusan yang cekap dapat menambahkan produktiviti sekali gus memudahkan urusan guru. Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)

Isi penting

  Pendekatan dan Kaedah Pengurusan
i. Berpusatkan Pelajar
ii. Berpusatkan Bahan
iii. Berpusatkan  Guru
iv. Berpusat  Pelajar, Bahan dan Guru

  Pendekatan dan Kaedah Khusus
i. Pengurusan Bahan Pembelajaran
ii. Pengurusan Tempat
iii. Pengurusan Masa
iv. Pengurusan Siapa Yang Mengajar

  Prinsip pembelajaran
i. Merancang
ii. Mengelola
iii. Mengawal
iv. Mengarah

  Faktor mempengaruhi kesediaan pelajar
i. Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran
ii. Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat
iii. Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat
iv. Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat.
v. Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka.

Rumusan

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga  penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh yang demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu membangunkan dunia.

Tuesday, 14 May 2019

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Pengenalan

1. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; seperti tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
2. Definisi pembelajaran ialah sesuatu proses kegiatan belajar. Menurut Murphy dan Alexender (2006), pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu. Pengurusan pembelajaran di sekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan juga ibu bapa. Oleh itu,interaksi dalam pengurusan pembelajaran dapat disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.

Isi penting

  1.  Pihak yang terlibar dalam interaksi dalam pembelajaran ialah guru, murid dan ibubapa.
  2. Jenis interaksi pengurusan pembelajaran ialah interaksi satu hala, interaksi dua hala dan interaksi dua hala antara kumpulan.
  3. Jenis komunikasi pembelajaran ialah komunikasi ke bawah seperti antara penganjur(pengetua) dengan guru, antara guru dengan murid dan antara guru dengan ibu bapa. Komunikasi ke atas seperti antara guru dengan penganjur (pengetua), antara murid dengan guru (kaunseling) dan antara ibu bapa dengan guru . Akhir sekali komunikasi mendatar seperti antara guru sesama guru.


Rumusan

Interaksi dalam pengurusan pembelajaran ialah interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan. Selain itu, interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Pengenalan

Mengikut Ottoway (1994) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosilogi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dan perspektif sosiologi. Terdapat tiga teori dalam sosiologi dan pembelajaran iaitu fungsionalisme, konflik dan interaksionisme.

Isi penting

Teori fungsionalisme
Ialah tentang mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]. Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.

Teori konflik
Merujuk kepada menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Perkara ini berlaku konflik dalam struktur masyarakat. Dalam mengkritik kapitalisme masyarakat mempersoalkan mengenai sama ada struktur-strukur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

Teori Interaksionisme
Teori ini menunjukkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Mereka mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dengan melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Hal ini kerana, memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya adalah sangat penting. Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra. Makna juga merupakan sesuatu yang dirundingkan. Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks.

Rumusan

Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Hal ini kerana manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.