Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam
mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan
akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya
meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah
ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh
itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan
sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat
tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan
dengan pengurusan sumber. Melalui topik pengurusan sumber kita akan didedahkan kepada
pelbagai maklumat berkaitan dengan teknologi maklumat, teknologi pendidikan dan
sains perpustakaan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin
mempengaruhi pendidikan masa kini. Pengurusan sumber yang terhasil amat berguna
dalam semua aspek kehidupan manusia. Oleh itu, sebagai warga pendidik kita perlu didedahkan
kepada pelbagai sumber pendidikan yang melipatkan teknologi baru yang canggih.
Pendedahan terhadap pengurusan sumber dapat memberikan bakal guru kemahiran
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, kita bukan saja
dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti dalam pentadbiran sekolah tetapi
juga dapat mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:
Post a Comment