Wednesday, 15 May 2019

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Setiap pelajar di sekolah mempunyai pelbagai kecerdasan yang berlainan, jika dilihat ada pelajar yang cerdik, bijak dan ada juga pelajar yang kurang memberansangkan dalam pelajaran tetapi mereka ini pasti ada kecenderungan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Oleh itu, setiap guru haruslah tahu kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajarnya untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan hasil pembelajaran harian malah juga menghasilkan pelajar yang berjaya dari segi aspek akademik dan kokurikulum. Perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius pada masa ini ialah soal peningkatan jumlah kanak-kanak dan individu dewasa yang dikenal pasti (diagnosis) mempunyai pelbagai masalah berkaitan pembelajaran. Pada 2002 sahaja, seramai 14,535 kanak-kanak menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam pelbagai ka­tegori, dan jumlahnya meningkat kepada 90,000 orang pada 2012. Lazimnya, statistik ini akan terus meningkat saban tahun, sejajar dengan peningkatan kadar kelahiran dan tahap kesedaran individu dan masyarakat. Oleh itu, dalam bab pengurusan murid pelbagai upaya ini ada beberapa kategori pelajar yang hendak dikupas ciri-cirinya seperti pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai, pelajar yang harus diberi pemulihan, pelajar yang berkeperluan khas dan bagaimana untuk melakukan pengayaan kepada mereka dalam urusan pembelajaran. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Terdapat banyak kategori pelajar berkeperluan khas. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan pelajar normal yang lain.

No comments:

Post a Comment