Pengenalan
Pengurusan penting kerana pengurusan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dengan meningkatkan mutu amalan kerja guru. Pengurusan yang cekap
dapat menambahkan produktiviti sekali gus memudahkan urusan guru. Pengurusan
boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari
jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah
yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004)
Isi penting
Pendekatan dan
Kaedah Pengurusan
i. Berpusatkan Pelajar
ii. Berpusatkan Bahan
iii. Berpusatkan Guru
iv. Berpusat Pelajar,
Bahan dan Guru
Pendekatan dan Kaedah
Khusus
i. Pengurusan Bahan Pembelajaran
ii. Pengurusan Tempat
iii. Pengurusan Masa
iv. Pengurusan Siapa Yang Mengajar
Prinsip
pembelajaran
i. Merancang
ii. Mengelola
iii. Mengawal
iv. Mengarah
Faktor mempengaruhi
kesediaan pelajar
i. Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif
dan kemahiran
ii. Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru,
tumpuan mendengar, tumpuan minat
iii. Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan
minat
iv. Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang
lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat.
v. Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar
sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka.
Rumusan
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan
proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan
susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat
memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang
dalam semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan
pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling
selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai
latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh yang
demikian, pengurusan dalam pembelajaran penting merupakan satu elemen yang
penting sebelum memulakan sesuatu pembelajaran agar hasilnya lebih efektif dan
menarik selain dapat melahirkan pelajar yang juga masyarakat yang mampu
membangunkan dunia.
No comments:
Post a Comment