Tuesday, 14 May 2019

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


Pengenalan

1. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; seperti tindak balas antara dua atau beberapa pihak.
2. Definisi pembelajaran ialah sesuatu proses kegiatan belajar. Menurut Murphy dan Alexender (2006), pembelajaran ialah proses seseorang pelajar memperoleh sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu. Pengurusan pembelajaran di sekolah sebenarnya mencakupi pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan juga ibu bapa. Oleh itu,interaksi dalam pengurusan pembelajaran dapat disimpulkan sebagai suatu bentuk komunikasi yang berlaku dalam pengurusan proses belajar yang ruang lingkupnya adalah terdiri daripada sekolah.

Isi penting

  1.  Pihak yang terlibar dalam interaksi dalam pembelajaran ialah guru, murid dan ibubapa.
  2. Jenis interaksi pengurusan pembelajaran ialah interaksi satu hala, interaksi dua hala dan interaksi dua hala antara kumpulan.
  3. Jenis komunikasi pembelajaran ialah komunikasi ke bawah seperti antara penganjur(pengetua) dengan guru, antara guru dengan murid dan antara guru dengan ibu bapa. Komunikasi ke atas seperti antara guru dengan penganjur (pengetua), antara murid dengan guru (kaunseling) dan antara ibu bapa dengan guru . Akhir sekali komunikasi mendatar seperti antara guru sesama guru.


Rumusan

Interaksi dalam pengurusan pembelajaran ialah interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan. Selain itu, interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.

No comments:

Post a Comment