Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu
rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang
telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk
sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, daripada jumlah itu, sebanyak 311 buah sekolah berdepan masalah disiplin manakala 91 lagi dikategorikan sebagai sekolah tumpuan iaitu cenderung mempunyai masalah disiplin. Dalam pada itu, mengikut statistik, seramai 111,895 orang murid iaitu 16,849 murid sekolah rendah dan 95,046 murid sekolah menengah didapati terlibat dengan gejala salah laku disiplin di sekolah pada tahun 2016 di mana ponteng sekolah adalah isu utama dalam salah laku disiplin murid sekolah. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti mengikut
langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan penilaian
terhadap sesuatu tingkah laku bermasalah, mengenal pasti,dan menetapkan
matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang betul serta
memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten. Manakala
tingkah laku negatif guru perlu membuat pemantauan dan penilaian serta
menyimpan rekod salah laku murid sebagai bahan rujukan guru. Melalui topik ini, dapat mempelajari tentang pengurusan
tingkah laku dan disiplin. Hal ini di mana berkait rapat dengan faktor yang
menyebabkan masalah tingkah laku, bentuk disiplin dan guru sebagai guru
disiplin. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam
pengurusan ini. Hal ini demikian kerana dalam membentuk generasi yang mempunyai
peribadi mulia.

No comments:
Post a Comment