Wednesday, 15 May 2019

BAB 5: PENGURUSAN MURID


Pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dengan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha dalam melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor.  Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka. Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah merupakan salah satu yang penting di dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.


No comments:

Post a Comment