Tuesday, 14 May 2019

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN


Pengenalan

Mengikut Ottoway (1994) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosilogi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sebuah masyarakat. Dalam erti kata lain, sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dan perspektif sosiologi. Terdapat tiga teori dalam sosiologi dan pembelajaran iaitu fungsionalisme, konflik dan interaksionisme.

Isi penting

Teori fungsionalisme
Ialah tentang mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]. Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.

Teori konflik
Merujuk kepada menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Perkara ini berlaku konflik dalam struktur masyarakat. Dalam mengkritik kapitalisme masyarakat mempersoalkan mengenai sama ada struktur-strukur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

Teori Interaksionisme
Teori ini menunjukkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Mereka mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif dengan melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Hal ini kerana, memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya adalah sangat penting. Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra. Makna juga merupakan sesuatu yang dirundingkan. Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks.

Rumusan

Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Hal ini kerana manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri. Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai. Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.

No comments:

Post a Comment