Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah
dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Kes buli di sekolah seluruh negara tahun lalu berkurangan kepada kira-kira 3,000 kes berbanding kira-kira 4,000 yang dicatat pada 2014, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan. Hal ini perlu dipantau bagi mencapai definisi selamat bagi pelajar yang berlajar di sekolah. Sesetengah pelajar yang menjadi mangsa buli akan terus menyimpan perasaan itu dan akhirnya menjadi pembuli seterusnya. Persekitaran
sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran
fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di
sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan),
kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis,
sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Suasana
fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bangunan sekolah yang
indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok
memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. Persekitaran psikososial
merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai
ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya
fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran
koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi
kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran,
gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan
di dalam bilik darjah. Memahami bagaimana persekitaran sekolah mampu meningkatkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah merupakan faktor penting dalam membantu
pihak pentadbir dan guru di sekolah, pegawai di Pejabat Pelajaran
Daerah,Pejabat Pelajaran Negeri, seterusnya pihak tertentu di Kementerian
Pelajaran Malaysia. Persekitaran sekolah perlu diberi perhatian dari beberapa
aspek seperti sokongan pelajar dan sokongan guru-guru, kepentingan professional
guru, kebebasan guru guru dan penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan
bersama, guru dan pihak sekolah yang berinovasi, sumber atau kemudahan yang
mencukupi, dan kurangnya tekanan kerja berkiatan kokurikulum. Kesimpulannya,
persekitaran sekolah mampu memberi kesan kepada pelajar.

No comments:
Post a Comment