Wednesday, 15 May 2019

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan dan merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat dan semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Mengintegrasikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar sosiobudaya adalah cabaran semenjak kemerdekaan negara. Menyedari hakikat itu, pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan seperti identiti nasional, bangsa Malaysia, jati diri kebangsaan sehinggalah kepada wawasan yang dibawa oleh Dato; Sri Najib Razak iaitu wawasan 1Malaysia. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu (Deal dan Petterson, 1999). Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pembelajaran pelbagai budaya di sekolah adalah penting dan perlu ditekankan bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersatu padu. Justeru, konsep atau cara ini seharusnya dipraktikkan dan dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan para pelajar yang dilahirkan memiliki modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial, seterusnya dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Selain itu ia dapat melahirkan sekolah yang aman dari segi perpaduan kaum kerana mereka saling menghormati.


No comments:

Post a Comment