Pengurusan bilik darjah adalah suatu yang penting dalam
memastikan kelacaran proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah di
mana pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang
efektif dan berkesan. Oleh itu, guru di sekolah memainkan peranan besar dalam
menguruskan bilik darjah samada dari sudut penyusunan bilik darjah, penyampaian
mesej pengajaran kepada pelajar. Aspek-aspek pengurusan bilik darjah perlu
dititikberat oleh semua guru di sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif
yang ditetapkan oleh kementerian.
Aspek yang pertama dalam menguruskan bilik darjah iaitu
persekitaran bilik darjah di mana ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal
seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah.
Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan
pembelajaran sama ada mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh
sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan
oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan
organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan
tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai-bagai
perabot lain dengan sempurna.
Suasana bilik darjah yang harmonis turut membantu
peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan
pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan
tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan
dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Oleh yang demikian, adalah penting guru memahami tingkahlaku
dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang
betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui
pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka,
bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan
dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan
mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan
kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

No comments:
Post a Comment